Wednesday 13 April 2011

aku rasa-rasa

memang loser kalau duk KL tapi tak pernah sampai Times Square (dulu terasa. ihikkk). ha. ini aku nak habaq kat angpa yang dak pernah pi Times Square langsung, atau angpa yang suka sangat bertenggek kat sana..

i loath Times Square.

ceh nak pakai perkataan konon sofistikated lah kan. prrrffffttthhhhh -.-

gini.. Berjaya Times Square doesn't berjaya to make me feel so 'in' there. pasaipa? meh aku merepek sat...

1. sistem eskelator yang menduga kehebatan aku main puzzle.


ya. aku paling tak suka eskelator Times Square. berbelit walaupun lurus. kejap aku kena ke sana. kejap lagi aku kena ke sini. pastu nak kena pusing ke sebelah sana baru dapat turun/naik next level. unfriendly at all. too much aesthetic value than user-friendly. nak naik lif pun fikir 8 kali sebab kena tunggu sambil zzzzzzzzzzz.

2. saiz surau yang tak masuk akal. serta kedudukannya.


paling aku tak suka. dah la kat atas nun. nak cari pun susah. aku ni dah la hampeh bila bab menghafal position. kalau aku tersalah arah, kena la pi belah hujung sana tuh pulak. dah la seketui tu ja. saiz takyah kata la. aku tolak tepi hal kebersihan sebab jarang sekali surau-surau kat shopping mall mahupun kawasan perumahan sekalipun menjaga bab yang sebenarnya paling penting nih.

3. kedai terlalu banyak.


seperti yang dinyatakan di atas. ya aku tau Times Square nih besar dan tentu tentula kedai pun banyak. tapiiiiiiii...

4. ...tapi semua kedai jual barang lebih kurang.


ha. paling tak bole blah. aku bercakap tentang kedai-kedai aras 4 ke atas. dalam berpuluh (sampai ratus ke tak ntah) kedai yang wujud tuh, aku boleh bilang dengan jari je berapa banyak yang jual barang selain baju perempuan serta accessories. kadang-kadang aku rasa macam dah lalu satu kedai tuh sampai 5 6 kali dalam masa 2-3 jam. lagipun...

5. ...kualiti rendah pada harga tinggi.


okay. akal aku boleh terima kalau sweater Zara harga nak cecah ratus-ratus je kan. tapi yang blouse kain nipis pun harga nak cecah RM20 sehelai. apekahhhh???? my instinct tells me that the price can be much lower and the seller will still get profit. last aku cek, baju tuh dah turun harga RM15. hah! and this applies for all other stuff too. ngeh.

6. banyak kanak-kanak.


kanak-kanak sekolah la maksud aku. ehe. musim cuti sekolah apetah lagi.

7. cosmoworld mahal!


ini point dari aufbau. dia kata roller coaster nak naik sampai 20 hengget. fun much? ngeh.

8. jauh dari tempat kediaman.


erm.. ini personal point actually. hehehehehe. kalau nak mudah sampai, naik monorel atau turun kat hang tuah. naik monorel nih kena main tuka-tuka tren serta berjalan agak menitik perpeluhan. gadis terjaga macam i tak suka taww! >.< ihikk.. kalau naik kete kang kena redah jam. lagi la i tak suka youuuu.



bukan aufbau's rants.

No comments:

Post a Comment